Anugerah

KATEGORI ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA 2011

1. Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia

Persatuan Belia FELDA yang berdaftar di bawah Pertubuhan Belia (ROY), Akta Pembangunan dan Pertubuhan Belia Negara (KBS) serta bercawangan dengan Majlis Belia FELDA Malaysia yang telah mencapai kecemerlangan dalam aspek; persatuan & keorganisasian (pengurusan & pentadbiran, terlibat dengan pembangunan pendidikan dan kemahiran belia, bergiat dan menyumbang kepada pergerakan sukan dan kebudayaan, melaksanakan usaha membanteras gejala sosial), pembangunan program & projek, khidmat masyarakat, kesukarelaan & keagamaan serta cemerlang aspek pencapaian & usaha.

2. Persatuan Belia Terbaik Bidangan

Ia merupakan aspek dalam penilaian Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia. Persatuan yang merebut Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia secara automatik akan dinilai untuk pengiktirafan Persatuan Belia Terbaik Bidangan. Ada enam (6) bidangan, iaitu Terbaik Pentadbiran & Pengurusan, Pendidikan & Kemahiran, Sukan & Kebudayaan, Pembangunan Ekonomi, Khidmat Masyarakat, Kerohanian & Kesukarelaan dan Membanteras Gejala Sosial.

3. Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia dan Beliawanis FELDA Malaysia

Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki dan perempuan) yang banyak berjasa samada secara individu atau berkumpulan dalam memimpin untuk menggerakkan belia dan dalam meningkatkan taraf keseluruhan persatuan terbabit ataupun masyarakat sekitar.

4. Anugerah Usahawan Jaya Belia Tani FELDA Malaysia

Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan berasaskan pertanian atau penternakan serta menyumbang kepada kebaikan dan kemakmuran masyarakat setempat samada secara langsung atau tidak.

Kategori ini bertujuan memartabat industri pertanian sebagai satu cabang perniagaan yang mampu memberikan hasil lumayan kepada individu yang menceburi bidang ini. Di samping itu, dengan adanya kategori ini, ia dapat menggalakkan belia menceburi bidang ini dan juga membantu menjayakan FELDA sebagai Gedung Makanan Negara.

5. Anugerah Usahawan Jaya Belia Industri FELDA Malaysia
Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan berasaskan perindustrian atau pembuatan serta menyumbang kepada kebaikan dan kemakmuran masyarakat setempat samada secara langsung atau tidak.

Kategori ini memartabat perniagaan berasaskan industri dan pembuatan sebagai satu cabang perniagaan yang mampu memberikan hasil lumayan kepada individu yang menceburi bidang ini. Di samping bertujuan untuk membuka peluang kepada belia yang berkecimpung di dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, seperti kontraktor untuk menyertai anugerah ini.

6. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia

Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai kejayaan tertinggi atau luar biasa dalam bidang pelajaran, pendidikan dan kemahiran.

Selain ia memberi manfaat kepada diri calon, ia juga menjadi inspirasi yang positif dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat. Pengiktirafan ini diberikan kepada calon yang berjaya di dalam pendidikan dan calon tersebut sekurang-kurangnya pemegang Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, calon juga harus mempunyai komitmen yang tinggi di dalam rancangan beliau sendiri. Syarat yang menjadi keutamaan ialah calon mempunyai keahlian di dalam MBFM atau PERSADA.

7. Anugerah Pencapaian Sukan Belia FELDA Malaysia

Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai kejayaan tertinggi atau luar biasa dalam bidang sukan serta menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan masyarakat setempat.

8. Anugerah Pencapaian Kesenian Belia FELDA Malaysia 
Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang telah mencapai kejayaan tertinggi atau luar biasa dalam bidang kebudayaan dan kesenian serta menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan masyarakat setempat.

Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada penggiat seni di dalam FELDA, seperti Qari, Marhaban, tarian, komposer lagu dan lain-lain, untuk menyertai anugerah ini.

9. Anugerah Personaliti Istimewa (OKU) Belia FELDA Malaysia

Ia adalah pengiktirafan kepada individu (lelaki atau perempuan) yang dikategorikan sebagai insan istimewa. Calon mestilah seorang yang mencapai tahap dan sumbangan kepada / dalam masyarakat yang membanggakan.

10. Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM

Ia adalah pengiktirafan khas ABFM kepada individu (lelaki atau perempuan) yang layak dinobatkan sebagai tokoh yang telah menyumbang daya usaha, tenaga dan masa ke arah membangunkan Generasi Baru FELDA, terutamanya belia dari pelbagai perspektif, yang memberi faedah dan kesan kepada usaha memartabatkan masyarakat FELDA di Malaysia.

11. Anugerah Khas ABFM; Majlis Belia FELDA Wilayah Terbaik

Ia merupakan pengiktirafan khas ABFM kepada Majlis Belia FELDA Wilayah yang telah berjaya dalam mentadbir urus serta boleh menjadi contoh kepada MBF Wilayah yang lain. Selain itu, dengan pengiktirafan khas ini, diharap dapat memberi motivasi dan galakan kepada pengurus, peneroka FELDA serta generasi baru, untuk bersama-sama menjadikan MBF Wilayah mereka yang terbaik dari semua aspek termasuklah pentadbiran, pengurusan, kebersihan, kesatuan dan kerjasama di dalam rancangan.


BENTUK ANUGERAH

1. PEMENANG PERINGKAT KEBANGSAAN

1.1 Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia

a. JOHAN

o Wang tunai RM 10,000.00.
o Bantuan aktiviti bernilai RM 6,000.00.
o Piala pusingan.
o Piala iringan.
o Sijil penghargaan.
o 80 orang ahli persatuan akan diberi hadiah mengikuti pakej Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL) ke Kuala Lumpur & Putrajaya (kos program; RM 25 ribu).

b. NAIB JOHAN

o Wang tunai RM 5,000.00.
o Bantuan aktiviti bernilai RM 4,000.00.
o Piala iringan.
o Sijil penghargaan.
o 80 orang ahli persatuan akan diberi hadiah mengikuti pakej Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL) ke Kuala Lumpur & Putrajaya (kos program; RM 25 ribu).

c. KETIGA

o Wang tunai RM3,000.00.
o Bantuan aktiviti bernilai RM 2’000.00.
o Piala iringan.
o Sijil penghargaan.
o 80 orang ahli persatuan akan diberi hadiah mengikuti pakej Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL) ke Kuala Lumpur & Putrajaya (kos program; RM 25 ribu).

1.2 Anugerah Persatuan Terbaik Bidangan

- Pentadbiran & Pengurusan
- Pendidikan & Kemahiran,
- Sukan & Kebudayaan,
- Pembangunan Ekonomi,
- Khidmat Masyarakat, Kerohanian & Kesukarelaan,
- Membanteras Gejala Sosial

Setiap pemenang akan menerima;

a. Wang tunai RM 3’000.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.2.1 Saguhati Penghargaan (Persatuan)

Persatuan Belia FELDA yang telah layak ke penilaian akhir peringkat kebangsaan akan menerima saguhati berupa;

a. Wang tunai RM 1’500.00.
b. Piala iringan.
b. Sijil penghargaan.

1.3 Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia & Beliawanis FELDA Malaysia

a. Wang tunai RM 4’000.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.4 Anugerah Usahawan Jaya (Tani) Belia FELDA Malaysia

a. Wang tunai RM 1’500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.5 Anugerah Usahawan Jaya (Industri) Belia FELDA Malaysia

a. Wang tunai RM 1’500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.6 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia

a. Wang tunai RM 1’500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.7 Anugerah Pencapaian Sukan Belia FELDA Malaysia

a. Wang tunai RM 1’500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.8 Anugerah Pencapaian Kesenian & Kebudayaan Belia FELDA Malaysia

a. Wang tunai RM 1’500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.9 Anugerah Personaliti Istimewa (OKU) Belia FELDA Malaysia

a. Wang tunai RM 1’500.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.10 Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM

a. Wang tunai RM 4’000.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

1.11 Anugerah Khas ABFM; Majlis Belia FELDA Wilayah Terbaik

a. Wang tunai RM 4’000.00.
b. Piala iringan.
c. Sijil penghargaan.

2. PEMENANG PERINGKAT WILAYAH

2.1 Setiap calon Persatuan yang terpilih menjadi wakil FELDA Wilayah masing-masing akan menerima insentif bernilai RM 1’000.00 dan sijil.

No comments:

Post a Comment