Aktiviti

MAJLIS PRA PELANCARAN ABFM 2011


DIRASMIKAN OLEH: YB. DATUK HJ. AHMAD BIN HJ. MASLAN
TARIKH: 2 NOVEMBER 2011
MASA: 1.00 TENGAHARI
TEMPAT: D'SAJI FELDA VILLA KUALA LUMPUR
_____________________________________________________________________________________



KUALA LUMPUR: Seramai 15 panel penilai akan mula menjelajah ke 11 wilayah Felda seluruh negara pada bulan ini hingga Disember bagi sesi penilaian Anugerah Belia Felda Malaysia 2011 (ABFM) yang akan diadakan pada Februari depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tahun ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta bekas kepimpinan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) turut dilantik menjadi panel penilai sebagai pembaharuan kepada anugerah yang meliputi pelbagai bidang.

“ABFM bukan saja menawarkan anugerah bagi organisasi dan persatuan, tetapi calon individu turut dinilai mengikut kategori tertentu termasuk orang kelainan upaya (OKU), usahawan, sukan, pendidikan, belia, kebudayaan dan kesenian.

“Sebanyak RM150,000 hadiah ditawarkan dan bakal menjadi rebutan warga Felda melalui 18 anugerah dipertandingkan termasuk anugerah tertinggi, Piala Perdana Belia Felda Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ajlis Prapelancaran, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab; Pengarah Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Manap.

Ahmad yang juga penasihat ABFM 2011 berkata, antara anugerah dipertandingkan termasuk Persatuan Belia Cemerlang Felda Malaysia, Persatuan Belia Terbaik Bidangan, Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia dan Beliawanis Felda Malaysia serta Anugerah Usahawan Jaya Belia Tani Felda Malaysia.

Selain itu, katanya, ABFM yang diperkenalkan pada 2006 itu turut memberikan kelainan apabila aktiviti dijalankan di 317 kawasan Felda dinilai secara penuh sepanjang tahun berbanding sebelum ini yang hanya mengambil kira aktiviti sehingga September saja.

Mengulas mengenai penganjuran Seksualiti Merdeka 2011, Ahmad menasihati generasi peneroka Felda agar tidak terbabit secara langsung dengan penganjuran itu selepas beberapa pihak mendakwa risalah berkaitan acara itu turut diedar ke rancangan Felda.

(Sumber: Harian Metro)

No comments:

Post a Comment