Sunday, November 13, 2011

Syarat-syarat Pertandingan

SYARAT-SYARAT PENCALONAN ABFM 2011


1. Calon mestilah warganegara Malaysia dan merupakan warga FELDA.

2. Calon mestilah ahli berdaftar dengan MBFM.

3. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 31 Disember tahun penganugerahan, kecuali bagi kategori Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM.

4. Permohonan mestilah dicalon dan disokong oleh pihak FELDA di tanah rancangan asal calon dan oleh Majlis Belia FELDA wilayah serta wajib disahkan oleh RGM.

5. Keahlian pemohon tidak pernah digantung oleh mana-mana pihak persatuan.

6. Pemohon juga wajib mengemukakan perkara-perkara berikut:

    6.1 Resume.
    6.2 Kad pengenalan (individu) / sijil pendaftaran (persatuan)
    6.3 Sijil / dokumen pencapaian.
    6.4 Dokumen sokongan; gambar, sijil atau perakuan dan sebagainya.
    6.5 Laporan ringkas kejayaan.
    6.6 Mengisi lengkap borang permohonan penilaian.
    6.7 Syarat tambahan;

6.7.1 Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia & Persatuan Belia Terbaik Bidangan

a. Calon persatuan mestilah berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Akta Pembangunan dan Pertubuhan Belia Negara (KBS) dan bercawangan dengan Majlis Belia FELDA Malaysia.

b. Permohonan mestilah dicalon dan disokong oleh pihak FELDA di tanah rancangan asal calon dan oleh Majlis Belia FELDA wilayah serta RGM.

c. Minit Mesyuarat Bulanan

d. Laporan terakhir (2010/2011)

e. Hanya pemenang tahun semasa bagi setiap peringkat layak ke peringkat seterusnya.

f. Pencalonan ke peringkat kebangsaan mestilah telah disahkan di peringkat FELDA wilayah (Seranta (FELDA) Negeri, FELDA Wilayah, Majlis Belia FELDA Wilayah)

g. Johan Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia / Penerima anugerah individu ABFM tahun sebelum tidak layak untuk dicalonkan pada tahun berikutnya.

6.7.2 Anugerah Usahawan Jaya (Tani & Industri) Belia FELDA Malaysia

a. Penyata Kewangan yang disahkan oleh institusi kewangan bagi tempoh 2 tahun terakhir, termasuk tahun yang dinilai.

6.7.3 Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM

a. Mendapat pengesahan daripada Pengerusi Bersama ABFM.


KEPUTUSAN

1. Satu (1) buah Persatuan yang telah dinilai dan dipilih oleh Jawatankuasa Penilaian Anugerah Belia FELDA Malaysia Peringkat Wilayah akan dinilai semula ke peringkat kebangsaan untuk merebut Anugerah Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia dan Anugerah-Anugerah Persatuan Belia Terbaik Bidangan.

2. Anugerah bagi kategori individu adalah pencalonan yang tiada had.

3. Keputusan Jawatankuasa Penilaian adalah muktamad selepas diputuskan oleh Pengerusi Bersama ABFM.

4. Penerima-penerima Anugerah bagi semua kategori akan diumumkan di Karnival Iktiraf Kebangsaan yang akan dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment